Posted on Leave a comment

FAKTOR-FAKTOR TERJADINYA UBAN DIUSIA MUDA

Rambut merupakan salah satu aset penggayaan yang penting buat seseorang yang mementingkan penampilan diri. Pasti ada diantara kita yang gemar memakai topi kerana malas untuk menyikat rambut. Namun ada juga generasi pada masa kini yang suka menggayakan rambut dengan pelbagai gaya yang terdapat pada zaman kini. Rambut juga merupakan mahkota bagi setiap orang, baik lelaki mahupun perempuan. Jika sesuatu terjadi kepada rambut kita, ianya tentu akan merosakkan keseluruhan penampilan kita. Salah satunya adalah uban. Walaupun peratusan untuk uban tumbuh banyak memihak kepada orang yang lebih berusia, ianya tidak mustahil untuk orang yang lebih muda mengalaminya. kebanyakkan daripada kita pasti tertanya-tanya tentang apa yang menyebabkan uban boleh tumbuh walaupun usia yang sepatutnya untuk tumbuh belum tiba lagi. Ini sedikit perkongsian untuk mengetahui tentang apakah puncanya dan faktor yang menyebabkan uban tumbuh di usia muda.

GENETIK

Genetik merupakan penyumbang terbesar kepada rambut beruban. Sekiranya anda mempunyai sejarah keluarga yang mengalami uban pramatang, anda mungkin juga berkemungkinan besar untuk mengalami perkara yang sama. Tambahan, genetik anda juga menentukan berapa pantas rambut anda akan menjalani proses beruban dan sama ada rambut anda bertukar menjadi warna perak atau putih.

STRESS

Para saintis percaya bahawa hormon tekanan mempunyai kesan yang negatif kepada sel yang berfungsi menghasilkan pigmen rambut lalu menyebabkan ia beruban lebih awal. Walau bagaimanapun, tekanan sememangnya membuat rambut gugur . Jadi sekiranya, anda mahu mahu bantu rambut yang cantik, adalah baik untuk mengawal tekanan anda.

JUNK FOOD

Bukan sahaja untuk kesihatan tubuh badan, kandungan makanan junk food pun boleh menganggu penghasilan melanin dalam rambut. Ini kerana nutrisi dalam makanan segera tidak mencukupi untuk keperluan tubuh badan, badan memerlukan vitamin yang secukupnya bagi badan yang sihat dan hormon yang seimbang.

KURANG B12

Uban pramatang mungkin berpunca daripada masalah kesiahatan seperti anemia, vitiligo, dan kekurangan vitamin B12. Orang yang mempunyai masalah pituitari dan tiroid juga lebih cenderung untuk mengalami uban pramatang.

PENGERING RAMBUT

Penggunaan hair dryer yang terlalu kerap boleh menjadikan rambut menjadi lemah dan cepat rapuh. Suhu panas akan menyebabkan gangguan kepada penghasilan melanin dan kerana itu rambut akan cepat beruban

KERAP WARNAKAN RAMBUT

Asid hidrogen yang kuat memainkan peranan dalam memusnahkan pigment melanin rambut. Walaubagaimanapun, masalah ammonia yang kuat dan hidrogen peroksida bukan sajaha merosakkan lapisan kulit kepala tetapi juga menyebabkan masalah kulit, ruam mata dan mngurangkan imuniti rambut.

KERAP CUCI RAMBUT

Mencuci rambut secara kerap boleh menyebabkan rambut kering. Pilih syampu yang sesuai walaupun sekerap mana ia digunakan, rambut akan sentiasa lembab dan cantik

KURANG ACID FOLID

Zat ini sangat penting dan jika kurang pengambilannya boleh menganggu pertumbuhan dan uban pra-matang pun boleh tumbuh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *